Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Wednesday 23 May 2012

MAKARONI TUNA BAKAR....simple but very nice...

Salam semua...hari ini  rasa malas nak masak dah masuk tahap maksimum...tapi nak beli makanan kat luar.....memang tak lalu nak makan....hari tu pernah cuba beli nasi campur bersebelahan guard house di bawah apartment ni..masa tu memang dah tahap lapar giler..... hmmmm..akhirnya bakul sampah yang makan....tak ada rasa....sayang...membazir tapi nak buat macam mana...dah tak lalu...harga makanan memang murah..macam mana tak murah..tak payah bayar sewa...just letak meja dan susun lauk pauk atasnya....upah seorang pekerja Indon yang jaga.....ditambah pula dengan extra perisa dari asap kereta, bas rapid....hahahaha.......tapi aku nampak setiap hari sentiasa ramai yang datang membeli especially lepas balik kerja....padahal peniaga ni dah mula buka meja dan susun lauk pauk dari pukul 11 pagi lagi..bayangkan pukul 11 pagi lauk pauk semua dah boleh dijual...pukul berapa yer dia orang ni mula memasak?? Lauk pauknya ada bermacam-macam jenis plak tu...Pukul 5 ke 6 petang paling ramai yang beli especially yang baru lepas keluar dari LRT........hmmmm...maybe some  orang KL ni  tak kisah kot....rasa letak nombor dua...yang penting perut kenyang dan murah.....

Ishhh...apa yang ku malalut ni.....ok la.....ni yang aku masak untuk lunch tadi sebelum keluar pergi appointment....paling simple tapi memang menyelerakan.....budak kecik pun boleh buat.....kalau malas gak nak buat tak tau la apa nak cakap lagi....tak cayer jom tengok resepinya.....hehehehe...



Bahan-bahan;

1 cawan makaroni
185 gram chili tuna (guna ayam brand yang warna hijau tu)
Mozarella cincang (shreded mozarella) secukupnya
Parsley flake

Cara memasak;

Panaskan oven dengan suhu 180'C. Rebus makaroni hingga kembang. jangan lupa letakkan sedikit minyak dan garam ketika merebus. Apabila makaroni dah kembang secukupnya angkat dan toskan. Curahkan di bawah air paip untuk sejukkan dan toskan semula. Kemudian gaul sebati dengan cili tuna dan sedikit parsley flake.  Masukkan makaroni yang telah digaul dengan cili tuna tadi ke dalam mangkuk kaca tahan panas. Taburkan mozarella di atasnya hingga tak nampak langsung makaroni tadi. taburkan parsley flake di atas mozarella. Bakar lebih kurang 30 minit atau mozarella dah berwarna sedikit golden brown .

sebelum dibakar....
baru masak......


ni jer yang tinggal selepas aku settlekan dalam perutku....hehehehe.....kalau ikutkan nafsu boleh habiskan semua ni.....godaan betul la......

tapi jangan le ingat aku makan buruk sangat yer sebab hidangan ini memang saiz yang kecil....nampak dalam gambar jer besar....tuna ni pun sekali bukak dah abis kalau makan dengan roti.....mudahkan resepi ni....memang terlalu mudah....dan amat sesuai bagi orang yang dah terlalu malas nak masak .....jika nak rajin sikit boleh la masukkan tomato yang telah dipotong dadu kecil-kecil or boleh ikut resepi makaroni bakar sebelum ni di mana boleh tukarkan ayam or daging dengan tuna sahaja....wassalam....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...